NILAI – Penghuni Kolej Kediaman Universiti Sains Islam Malaysia merungut kerana terpaksa membuat bayaran bagi setiap barangan elektrik yang digunakan di kediaman masing-masing.
“Kami baru sahaja bayar untuk semester lepas. Tak sampai setahun dah kena bayar lagi. Kalau sekali sahaja bayar boleh tahan lagi, tapi setiap semester wajib bayar untuk mengelakkan barang dirampas dan didenda dengan harga yang lebih tinggi.” Kata Rafidah Shapuan, pelajar tahun tiga.
Menurut Rafidah, setiap barangan elektrik yang didaftar perlu dibayar mengikut kadar yang ditentukan oleh pihak pengurusan kolej kediaman. Bagi komputer atau laptop RM10 sebuah. Bagi pengecas bateri telefon bimbit, cerek elektrik, seterika, radio, walkman, perakam suara RM5 setiap satu.
“Cuba bayangkan, kami terpaksa bayar lebih RM30 untuk memastikan barang kami tidak dirampas. Sedangkan kami telah membayar yuran asrama sebanyak RM750 bagi setiap semester.”
Mansor Othman, Pengerusi Majlis Presiden Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman USIM berkata, beliau telah membawa masalah ini kepada pihak atasan.
“Kami faham tentang masalah ini. Kami juga pelajar dan menghadapi masalah yang sama dengan mereka.”
Sementara itu, Penolong Pengurus Asrama Kolej Kediaman USIM, Azlin Mahmud ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menilai semula tentang perkara tersebut. Walaubagaimanapun sebarang keputusan belum diputuskan lagi.
“Kami janji segala keputusan yang diambil akan mengurangkan beban pelajar.” Azlin juga berharap pelajar dapat bersabar menunggu kata putus daripada pihaknya.
nasihat saya,pakat-pakatlah sume student dok umah sewa. tapi kena ingatlah keselamatan diri. kat umah sewa xada jaga. moralnya, bersyukur jelah dengan ape yang ada. korang sume kan banyak duit. ptptn kan ada..
By: musafir_senja on March 3, 2008
at 10:19 am
HEHE…betul2 kali in 2 kali dia pungut yuran, xpatut tul, sem ni kte terpaksa berhati2 sbb ada brg kte xdaftr..huhu, xsempat
all the best
By: hafsah on April 9, 2008
at 9:39 am
memang lah….. xpatut betul lah, dah lah student hidup pun ngan duit PTPTN jer…
By: rozzuwanimohamad on April 18, 2008
at 6:04 am