Nilai- Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Tuanku Najihah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin melahirkan rasa bangga dan gembira baginda di atas kepesatan USIM membangunkan prasarannya sejak sejak berpindah ke kampus tetap.
Baginda Tuanku melahirkan perasaan tersebut melalui titah ucapan baginda dalam Lawatan Kerja Tuanku Canselor ke USIM pada 26 Mac 2008 baru-baru ini.
Dalam titah aluan tersebut Tuanku Canselor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana memberi sokongan padu dalam merealisasikan penubuhan kampus tetap USIM di Nilai ini.
Baginda yakin dengan pihak pentadbiran USIM yang sentiasa memastikan USIM mencapai kemajuan dan pembangunan daripada pelbagai dari semasa ke semasa.
Baginda turut berharap bangunan Fakulti Perubatan dapat dibangunkan segera supaya dapat bersama-sama di kampus tetap bagi memartabatkan nama universiti dalam arena pendidikan negara dan dunia.
Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM menegaskan lawatan kerja ini menjadi bukti keprihatinan Baginda Tuanku kepada warga USIM.
Dalam ucapan sembah aluan beliau, Tan Sri menjelaskan masa depan USIM amat cerah dan menyeru kepada semua warga USIM agar berbangga dengan Universiti Sains Islam Malaysia.
Antara agenda utama Lawatan Kerja Tuanku Canselor ini adalah taklimat akademik dan perkembangan USIM oleh Naib Canselor USIM, Prof, Dato, Dr Abdol Shukor Hj Husin.
Dari awal penubuhan sehingga kini, USIM berjaya melahirkan 9195 pelajar yang terdiri daripada pelbagai jurusan.Jumlah terkini pelajar yang sedang mengikuti pengajian di USIM ialah 5261. USIM mempunyai seramai 537 tenaga akademik dan 567 kakitangan pentadbiran.
Menurut taklimat Naib Canselor, USIM akan membuka lebih banyak tawaran program peringkat Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah.
Tambah beliau lagi, projek Pembangunan Kampus USIM dalam perlaksanaan RMK ke 8 dengan peruntukkan RM 333 juta, siap dibina manakala projek RMK ke 9, USIM mendapat peruntukkan sebanyak RM 269 juta.
Antara projek RMK ke 9 yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun ini ialah Pusat Komersil dan Dataran Selera, lanskap, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kesihatan, perpustakaan, rumah kakitangan penting, Fakulti Ekonomi Muamalat danFakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.
Prof, Dato, Dr Abdol Shukor mengingatkan kepada semua warga USIM agar terus berusaha untuk berdaya saing dalam meningkatkan mutu dan kualiti universiti.
USIM Terus Maju….
By: dieya on April 13, 2008
at 5:35 am
assalamualaikum..
bagus brita ni…tp klu ble jimatkn lagi words 2…..
By: izanrumaisya on April 17, 2008
at 10:46 am
salam..
Berita yang menarik..
Good luck
By: rynhassan on April 18, 2008
at 5:31 am
dah boleh jd reperter@journalist dh ni..
wa caya sama lu hehehe
By: leenamoy on April 18, 2008
at 5:51 am