Posted by: cempakabiru | February 20, 2008

Aktiviti Jualan Tanpa ‘Cashier’

NILAI – Penjualan barang makanan dan minuman tanpa ‘cashier’ semakin berleluasa di kolej-kolej kediaman USIM. Anizah Nordin, 23, berkata, “boleh dikatakan setiap blok asrama terdapat aktiviti jualan tanpa ‘cashier’ di tepi koridor dan tangga. Kebanyakan penjual di kalangan pelajar sendiri.”

Tambah beliau lagi, aspek kejujuran dalam diri amat penting dalam jual beli seperti ini kerana wang bayaran tidak dikawal oleh peniaga.

Bagi Maizurah Hamzah,19, beliau selalu membeli makan atau minuman yang dijual tanpa ‘cashier’ apabila keadaan tidak mengizinkan turun ke kafe. “Baguslah jika ada jual macam-macam lagi. Lagipun harganya agak murah.”

Tambah rakan beliau, Nurul Hidayu Ramlan, 22, “kadang-kadang apabila belajar lewat malam dan terasa lapar kami boleh keluar ke koridor membeli makanan atau minuman. Kami tidak perlu menahan lapar sehingga pagi esoknya.”

Anisah Johari, 23, merupakan salah seorang peniaga yang berani dan yakin menjalankan aktiviti jualan tanpa kawalan penuh berkata, “rugi adalah risiko bisnes, kadang-kadang duit dan barang jualan hilang dikebas orang, tapi jarang berlaku kecuali jika ada program yang melibatkan orang luar datang ke kolej kediaman.

“Kami terpaksa menjual barang seperti ini disebabkan kami terikat dengan jadual kuliah yang padat. Ini juga adalah jalan pintas bagi kami yang berminat dalam bidang bisnes untuk mencuba membuat jualan kecil-kecilan seperti dadih dan kerepek.”

Menurut Anisah lagi, jika mereka ingin menjual di kiosk kolej kediaman, semuanya melibatkan pelbagai prosedur untuk mendapatkan kebenaran. Kebiasaannya hanya mereka yang terlibat dengan dengan jawatankuasa kolej kediaman mendapat  peluang menjual di kiosk.

Rakan kongsi beliau, Zakiah Mamat, 22, berkata, “memanglah aktiviti jualan ini secara haram, tapi kami akan meneruskan sehingga notis dilarang dikeluarkan.”


Responses

  1. allah itu maha melihat dan mengetahui tentang ape yang hambanya lakukan. insyaAllah jika berniaga dengan niat yang ikhlas maka mereka akan dipelihara oleh Allah SAW dirinya dan hartanya.. jangan lupa sedekah sudahlah.

  2. Jualan ini sah walaupun tanpa akad kerana kita melibatkan barang yang rendah nilainya.lagipun kita dah tau pembeli di kalangan orang Islam juga.. P/S cempaka minta penerangan hukum jual beli macam ini daripada ustaz

  3. aku pun suka beli barang yang dijual besepah2 kat tangga. sebab… aku malas nak turun…

  4. Elok la tu cuba-cuba belajar berniaga. Cempaka bila lak nak try berniaga. Jangan asyik jadi pembeli jee…..

  5. ala.. dah keturunan cempaka semua jadi pembeli je… terutama pembeli kain pasang.. hehe..

  6. berniaga xkisah, malah dalam Islam pun digalakkan berniaga tapi biar lah dengan cara yang baik..cz sy tengok kadang2 tu kucing selongkar jer barang2 kt si2, pastu nt kita nk beli n makan lak???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: