Posted by: cempakabiru | February 20, 2008

Al-Tantawi: Penerima Ijazah Kehormat Pertama

NILAI – Setelah lebih kurang tujuh tahun beroperasi, USIM melangkah setapak lagi dalam merealisasikan objektif penubuhan USIM sebagai IPTA yang ke-12, dengan memberikan Ijazah Kehormat pertama kepada Sheikh Al-Azhar  Prof  Dr Muhammad Sayyid Al Tantawi.

Melalui teks ucapan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Mustapa Mohamed, kerajaan menjangkakan USIM sedang berusaha dalam membina hubungan baik di peringkat antarabangsa dan hubungan ini perlu diperkukuhkan demi kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

“Pemilihan Sheikh Al-Azhar ini merupakan calon yang terbaik dan ianya selaras dengan objektif penubuhan USIM,” jelasTan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.

Tambah beliau lagi, Sayyid Al-Tantawi sesuai mendapat pengiktirafan ini kerana beliau merupakan contoh serta ikon umat Islam dan pendekatan yang digunakan oleh beliau tidak bercanggah dengan agama Islam dan boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat seantero dunia.

Grand Sheikh Al-Azhar yang ke-46 ini telah diberi Ijazah Kehormat Khas USIM dalam bidang Dakwah dan Pengajian Islam.

Dalam sesi temubual, Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Hj Husin berkata,”pengiktirafan ini sangat sesuai buat Sayyid Al-Tantawi kerana beliau banyak memberi sumbangan dalam perkembangan dan pengurusan Islam. Manhaj ataupun pendekatan yang digunakan oleh beliau juga kebanyakannya menyumbang kepada kesejahteraan dunia.

“Suara beliau mewakili masyarakat Islam, dan orang bukan Islam sangat menghormati pandangan beliau yang sentiasa kena pada tempat dan tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.” Ujar Dato’ Shukor lagi.

Dato’ Shukor menyatakan USIM akan lebih banyak lagi memberi pengiktirafan kepada sarjana antarabangsa dalam usaha menempatkan USIM dalam peta dunia.


Responses

  1. bilenya USIM nak bagi pengitirafan kepada orang malaysia sendiri cempaka???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: