Posted by: cempakabiru | February 20, 2008

Pelajar Gigih

Nilai – Walaupun masih berada di Tahun Dua pengajian al-Quran  dan as-Sunnah, dua pelajar USIM mampu menubuhkan sebuah syarikat kongsi berdaftar, Shafiee Enterprise. Syarikat ini beroperasi di lot kedai Persatuan Pelajar USIM sejak awal semester tahun 2008.

Menurut Shafiee Mohd Idris, 20, syarikat ini merupakan cawangan Shafiee Enterprise yang beroperasi di Rawang, merupakan syarikat kongsi beliau dan dua abangnya.

“Shafiee Enterprise cawangan USIM ini saya telah berkongsi syer dengan Shafawati  Ilyas sebanyak 75% – 25%.

“Di sini kami menyediakan pekhidmatan menjual alat tulis, fotostat ,binding, membuat banner dan bunting, cetak t-shirt dan jaket, servis komputer dan pelbagai lagi,” ulas Shafiee lagi.

Shafawati Ilyas, 20, ketika ditemui berkata, sambutan pelajar ke kedai mereka amat menggalakkan. Tambah beliau lagi, “walaupun kedai ini baru dibuka awal semester ini, kami mampu mengupah lima orang pekerja yang juga merupakan pelajar USIM.”

Menurut kedua-dua pelajar ini walaupun sibuk, pelajaran tetap diutamakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalan bidang perniagaan.

“Kami bersedia menghadapi sebarang risiko dalam bidang ini. Oleh sebab itu kami terpaksa berkorban meninggalkan alam remaja untuk terus berjaya dalam bisnes .

“Berniaga juga membantu mencergaskan otak kita. Apabila otak cergas kita akan dapat belajar dengan lebih baik dan berkesan.” jelas mereka lagi.

Bagi Norhanim Kamarudin, 21, merupakan salah seorang pekerja Shafiee Enterprise berkata, “saya sangat senang berkerja dengan mereka dan sering bertukar-tukar pendapat untuk memajukan lagi perniagaan.”

Menurut Salmah Ibrahim, 20, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. “Walaupun mereka masih baru, mereka sentiasa berusaha untuk memuaskan hati pelanggan.”

Tambah rakan beliau, Mohd Naim Sulaiman, 22, “mereka sentiasa meningkatkan perkhidmatan dari masa ke semasa membuatkan pelanggan lebih tertarik untuk ke kedai mereka.”

“Kami sentiasa cuba yang terbaik untuk pelanggan dan kami juga mengalu-alukan pelajar yang ingin mendapat tunjuk ajar untuk memulakan perniagaan sendiri,” ujar Shafiee yang juga merupakan Naib Pengerusi Latihan Keusahawanan Siswa USIM.

Shafiee menyatakan USIM membuka banyak peluang untuk membantu pelajar memulakan perniagaan dan beliau berharap lebih ramai usahawan yang lahir di kalangan pelajar USIM.


Responses

  1. bagus kedai tu. tapi nakakomen sikitla…bleh tak jurujualnya senyum ckit… kan manis jaidnya… xgitu cempaka?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: