Posted by: cempakabiru | February 22, 2008

Kadar PTPTN : Beban Terhadap Siswazah Menganggur

Menurut statistik Kementerian Sumber Manusia seramai 800,000 siswazah mengganggur pada tahun 2005. Apabila dicongak, jumlah ini pastinya semakin meningkat selepas tiga tahun berlalu. Lebih-lebih lagi, kewujudan institusi pengajian tinggi di Malaysia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sama ada IPTA atau IPTS. 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Semua IPT di negara ini begitu sinonim dengan PTPTN. Majoriti pelajar di institusi pengajian tinggi meminjam wang PTPTN bagi membiayai pengajian mereka. Apa yang jeliknya statistik PTPTN pada tahun 2008 menunjukkan 60% peminjam gagal membuat sebarang bayaran. Daripada 534,000 peminjam di seluruh negara, hanya 40 peratus atau 324,000 yang menjelaskan pinjaman mengikut jadual manakala lebih 200,000 lagi masih tidak membuat sebarang bayaran, walaupun kebanyakannya  telah bekerja.  Fenomena lambat membayar dan melunaskan hutang  PTPTN mengikut jadual yang disediakan, tidak pernah surut sejak tertubuhnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mula beroperasi pada November 2005 di bawah akta PTPTN 1997 (akta 566). 

Antara peranan serta fungsi PTPTN sebagai institusi kewangan ialah mengadakan dan memberikan pinjaman berbentuk wang kepada pelajar institusi pendidikan tinggi serta mengawasi dan memungut bayaran balik pinjaman.

 Kepentingan PTPTN            

 Secara realitinya PTPTN telah membantu pelajar yang kurang mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kebanyakan pelajar menarik nafas lega apabila layak menjadi sebagai peminjam PTPTN. Namun, beberapa isu yang melingkari sistem pinjaman PTPTN  yang dikira sentiasa mencetuskan kontrovesi seperti kadar bunga dan caj perkhidmatan yang tinggi. Walaubagaimanapun, para pelajar masih memerlukan PTPTN sebagai sumber kewangan utama.            

Menurut Nurul Aiman Jaapar, 24, menyatakan beliau tidak mampu meneruskan pengajian di universiti jika tidak mendapat pinjaman PTPTN. “Walaupun saya sedar kadar bunga  PTPTN yang dikatakan sebagai caj pentadbiran, saya tetap menjadi peminjam kerana hanya PTPTN memberi saya peluang untuk meneruskan pengajian,” ujar beliau sambil mengakui pelajar terpaksa akur dengan bebanan kadar PTPTN yang secara jelasnya termaktub dalam syarat-syarat pinjaman bagi meneruskan cita-cita.

Beban Kadar Faedah
 

Pelbagai komentar dan kritikan yang telah dilemparkan oleh masyarakat melalui media massa tentang bebanan kadar PTPTN. Takrifan beban ini sebenarnya tertumpu kepada kadar caj pentadbiran yang tinggi. Perkara inilah yang menjadi perbezaan antara PTPTN dan institusi kewangan yang lain. Namun, sebagai ahli masyarakat yang dipimpin, bukan sewenang-wenangnya  kita boleh mengubah dasar kerajaan. Alternatifnya para peminjam perlu mencari jalan keluar untuk melangsaikan hutang pinjaman dengan segera bagi mengelakkan caj perkhidmatan yang lebih tinggi.              Menurut Encik Abdul Halim Mohd Hussin, Kaaunselor Fakulti Pengurusan da Kepimpinan USIM bersetuju bahawa graduan hari ini perlulah lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Beliau yang juga merupakan ketua program SPADA  USIM menegaskan graduan kini menhadapi masalah mentaliti berhutang apabila tamat sahaja daripada pengajian. Mentaliti ini menghambat graduan untuk memikirkan masalah yang lebih utama.            

 “Ada di antara graduan asyik memikirkan bagaimanakah cara untuk mendapatkan wang untuk membayar pinjaman, namun mereka buntu untuk membuat tindakan disebabkan tertekan. Apabila mendapat tekanan, bebanan berhutang menjadi lebih besar, “ jelas beliau lagi. Walaubagaimanapun terdapat juga golongan pelajar yang tidak meminjam PTPTN walaupun boleh dikategorikan kurang mampu. Mereka sanggup mencari jalan lain bagi mengelakkan terbeban dengan kadar bayaran yang tingggi. Bagi Nohazleena Mohd Nor Hazlee, 24, beliau sanggup bekerja sambil belajar untuk membiayai pengajian tanpa meminjam PTPTN. “Saya juga sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan wang ihsan dan zakat bagi menampung membayar yuran pengajian. “ Tambah beliau lagi, mahasiswa alaf ini perlu berani dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri dan tidak hanya berpeluk tubuh menanti peluang. “Namun, sebagai mahasiswi kita perlulah berhati-hati dalam mencari pekejaan sampingan agar tidak melebihi batas susila dan tidak mengabai serta menjejaskan pelajaran,” nasihat  beliau lagi.

Cara Mengatasi Beban Pinjaman 

 

Menurut Encik Abdullah Mukhti, 24, Penolong Pendaftar Akademik Universiti Tun Hussein Onn (UTHO) berkata, “para graduan perlu mempunyai tiga elemen  utama bagi mengatasi beban  membayar  pinjaman.

“Pertama, usaha yang berterusan dalam mencari pekerjaan. Kedua, persedian diri untuk melangkah ke alam pekerjaan. Ketiga pula ialah personaliti diri. Tegas beliau lagi, “kita membayar pinjaman dengan wang. Tidak dapat tidak kita perlu menjadi ‘job hunter’ untuk mendapatkan wangj. Jangan mudah menyerah kalah dalam usaha mencari pekerjaan dan yang paling penting, kita tidak boleh terlalu memilih pekerjaan.”  Selain itu, Abdullah menyatakan setiap mahasiswa perlu membuat persediaan untuk melangkah ke alam kerjaya ketika masih di universiti. “Pelajar perlu bijak membuat pelan jangka masa yang panjang untuk membuat persediaan dari segi emosi, mental dan fizikal. Segala pengalaman dan ‘soft skills’ perlu dikutip di universiti kerana kita tidak semestinya mendapat pekerjaan mengikut bidang dan kelulusan kita.” Pemegang ijazah Syariah Dan Kehakiman daripada Universiti Sains Islam Malaysia ini juga menekankan aspek personaliti  bagi graduan yang ingin mencari peluang dalam kerjaya. Keyakinan dan pengetahuan am merupakan elemen utama bagi membina personaliti yang menarik. “Walaupun kita menghadiri temuduga untuk jawatan kecil sekali pun, keyakinan yang kita tunjukkan akan memberi peluang mendapatkan pekerjaan,” ujar beliau lagi.

Kesan Pinjaman Lambat Bayar            

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional juga berperanan menyediakan  skim simpanan bagi maksud menyimpan untuk kegunaan pengajian tinggi. Segala pembayaran balik hutang pinjaman merupakan modal pusingan untuk memberi pinjaman kepada orang lain. Namun, jika peminjam gagal melunaskan sebarang bayaran mengikut jadual yang ditetapkan, pastinya akan memberi kesan kepada individu lain.                       

Menurut Farihah Mohd Yusof, 19, beliau tidak mendapat pinjaman penuh PTPTN walaupun layak dari segi syarat untuk mendapatkannya. “Mungkin disebabkan PTPTN kurang modal pusingan, mereka tidak mampu memberi keselesaan kepada peminjam,” teka beliau.              

Memetik daripada sumber berita bertarikh 17 Januari 2008, Berita Harian, Kegagalan 200,000 peminjam yang gagal membayar balik menyebebkan PTPTN kini menanggung beban hutang tertunggak sebanyak RM700 juta selain menghadapi masalah untuk menyalurkan pinjaman kepada peminjam yang memerlukan. 

Antara usaha PTPTN  bagi memburu peminjam ingkar ialah berkerjasama dengan pihak imigresen untuk menghalang mereka ke luar negeri termasuk mengiklankan nama mereka melalui media, menyenarai hitam, menghadapkan ke mahkamah dan mengenakan caj perkhidmatan lebih tinggi.

Kesimpulan

Kesimpulannya pelbagai pihak perlu saling bertolak ansur dalam meringankan beban masing-masing. Tanggungjawab peminjam ialah membayar pinjaman yang telah dipinjam seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jika kita terbeban, tidak perlu kita membebankan orang lain. Oleh itu kita perlu berusaha dan menyiapkan diri bagi mencari pelbagai alternatif mencari wang untuk membayar hutang pinjaman agar tidak membeban ramai orang. Rasulullah SAW bersabda : berhati-hatilah kita dalam berhutang. Seseungguhnya hutang menyebabkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. (Riwayat al-Baihaqi).


Responses

  1. em, betul tu. bebanan hutang akan merisaukan sekalian manusia. tetapi kita kena ingat di zaman yang serba canggih inimana ada yang kita mampu miliki dengan secara “cash”? sumenya berhutang kan. xpelah berhutang untuk belajar. sekurang-kurangnya pelajar itu ada keinsafan diri yang mereka belajar itu dengan menggunakanduit mereka sendiri. tapi ada juga yang lupe diri dengan berjoli kesana-kemari. tu yang jadi masalah yu. ish..ish..

  2. Rasulullah SAW bersabda : berhati-hatilah kita dalam berhutang. Seseungguhnya hutang menyebabkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. (Riwayat al-Baihaqi).

  3. hutang kat court mamoth camner? hehe

  4. bila kerajaan Malaysia naka mansuhkan bunga PTPTN.. huhu..

  5. salam,isu ni dah lama..takde ke pihak berwajib mengambil tindakan apa2?apa2 pun gunakanlah pinjaman ptptn dengan sebaik2nya.good effort.keep it up!good luck final!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: