Posted by: cempakabiru | April 9, 2008

Tuanku Najihah bangga dengan USIM

Nilai- Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Tuanku Najihah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin melahirkan rasa bangga dan gembira baginda  di atas kepesatan USIM membangunkan prasarannya sejak sejak berpindah ke kampus tetap.

 

Baginda Tuanku melahirkan perasaan tersebut melalui titah ucapan baginda dalam Lawatan Kerja  Tuanku Canselor ke USIM pada 26 Mac 2008 baru-baru ini.

 

Dalam titah aluan tersebut Tuanku Canselor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana memberi sokongan padu dalam merealisasikan penubuhan kampus tetap USIM di Nilai ini.

 

Baginda yakin dengan pihak pentadbiran USIM yang sentiasa memastikan USIM mencapai kemajuan dan pembangunan daripada pelbagai dari semasa ke semasa.

 

Baginda turut berharap bangunan  Fakulti Perubatan dapat dibangunkan segera supaya dapat bersama-sama di kampus tetap bagi memartabatkan nama universiti dalam arena pendidikan negara dan dunia.

 

Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM menegaskan lawatan kerja ini menjadi bukti keprihatinan Baginda Tuanku kepada warga USIM.

 

Dalam ucapan sembah aluan beliau, Tan Sri menjelaskan masa depan USIM amat cerah dan menyeru kepada semua warga USIM agar berbangga dengan Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Antara agenda utama Lawatan Kerja Tuanku Canselor ini adalah taklimat akademik dan perkembangan USIM oleh Naib Canselor USIM, Prof, Dato, Dr Abdol Shukor Hj Husin.

 

Dari awal penubuhan sehingga kini, USIM berjaya melahirkan 9195 pelajar yang terdiri daripada pelbagai jurusan.Jumlah terkini pelajar yang sedang mengikuti pengajian di USIM ialah 5261. USIM mempunyai seramai 537 tenaga akademik  dan 567 kakitangan pentadbiran.

 

Menurut taklimat Naib Canselor, USIM akan membuka lebih banyak tawaran program peringkat Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah.

 

Tambah beliau lagi, projek Pembangunan Kampus USIM dalam perlaksanaan RMK ke 8 dengan peruntukkan RM 333 juta, siap dibina manakala  projek RMK ke 9, USIM mendapat peruntukkan sebanyak RM 269 juta.

 

Antara projek RMK ke 9 yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun ini ialah Pusat Komersil dan Dataran Selera, lanskap, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kesihatan, perpustakaan, rumah kakitangan penting, Fakulti Ekonomi Muamalat  danFakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Prof, Dato, Dr Abdol Shukor mengingatkan kepada semua warga USIM agar terus berusaha untuk berdaya saing dalam meningkatkan mutu dan kualiti universiti.


Responses

  1. USIM Terus Maju….

  2. assalamualaikum..
    bagus brita ni…tp klu ble jimatkn lagi words 2…..

  3. salam..
    Berita yang menarik..
    Good luck

  4. dah boleh jd reperter@journalist dh ni..
    wa caya sama lu hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: